Kisah Zero Menjadi Hero Maharaja Lawak Mega 2014

Kumpulan Zero di nobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014 pada pentas akhir MLM2014 dari Program Astro yang mana Zero beraksi dengan kumpulan Bocey,Shiro,Sepahtu dan juga Nabil.



Kumpulan Zero merupakan peserta yang berasal dari Sabah dan mereka bertiga adalah adik beradik yang di besarkan dari sejak kecil.

Pertama : Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) 25 tahun
Kedua : Mohd Sharif Kadir Doli Sharif (Kadir) 23 tahun
Ketiga : Sharid Kunal Doli Sharif (Atu / Melati) 21 tahun

Mereka bertiga berasal dari keluarga yang susah,pekerjaan beliau sebelum ini sebelum menyertai Maharaja Lawak hanyalah sebagai Nelayan & Buruh Kasar di kampung mereka di Kudat Sabah.

Ayah mereka dikatakan seorang yang cacat penglihatan dan telahpun meninggal dunia,beliau akui kurang pelajaran dan hanya mempetaruhkan bakat yang sedia ada sahaja untuk menyertai Maharaja Lawak.

Kadir juga telah berhenti pembelajaran setakat di tingkat satu sahaja kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja demi mencari rezeki.


Baca 11 Fakta Menarik Dari ZERO to HERO pada pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014

1) Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini

2) Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar

3) Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga

4) Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga

5) Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka

6) Daripada silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik

7) Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik

8) Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul

9) Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong

10) Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.

11) Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah
jadi siapakah juara di hati anda.

Sumber fakta : Komen Facebook


0 Response to "Kisah Zero Menjadi Hero Maharaja Lawak Mega 2014"

Post a Comment